Monday, October 10, 2016

Monday, January 21, 2013

Sunday, August 21, 2011

Sunday, July 17, 2011

SMK Sook Program 'Outreach'

Warga S.M.K Sook akan menjalankan program 'Outreach' di tujuh buah kampung yang terletak di sekitar daerah kecil Sook. Kampung-kampung tersebut ialah Kampung Delayan Lama, Kampung Delayan Baru, Kampung Kionsom, Kampung Kabatang Baru, Kampung Tonggulun Jaya, Kampung Simpang Empat dan juga Kampung Kipaliu.

Tujuan utama program ini di jalankan adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga sekolah dengan pihak ibubapa para pelajar. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memotivasikan para pelajar untuk berusaha dengan lebih gigih lagi bagi mencapai kecemerlangan akademik.

Program ini dianjurkan secara bersama oleh pihak pentadbiran sekolah dengan PIBG S.M.K Sook. Program ini di rancang untuk di adakan pada 14.7.2011 hingga 15.7.2011. Majlis Perasmian Program ini akan di adakan di Kampung Kabatang Baru pada 15.7.2011. Tetamu kehormat yang di jemput ialah Tan Sri Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia.

Monday, April 18, 2011

Wednesday, March 9, 2011

Makluman Talian Internet Sekolah

Makluman Talian Internet Sekolah
Posted in Berita Semasa on February 01, 2011 by ibestari


Pihak sekolah dibenarkan untuk melanggan mana-mana penyedia perkhidmatan internet (lnternet Service Provider) bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan rangkaian internet di sekolah tertakluk kepada peruntukan tidak melebihi RM600.00 sebulan serta syarat-syarat lain yang telah dinyatakan dalam surat Ruj : KP(KSU)001/01 bertarikh 29 Disember 2010 dan tertakluk kepada peraturan kewangan dan tatacara perolehan yang berkuatkuasa.

Pihak Jabatan Pelajaran Sabah akan menurunkan peruntukan kepada semua sekolah berstatus Pusat Tanggungjawab (PTJ) bagi tujuan perkhidmatan internet. Bagi pihak yang bukan berstatus PTJ, peruntukan akan disalurkan ke Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing.

Pihak sekolah tidak perlu memohon untuk mendapatkan kelulusan teknikal daripada Jawatankuasa ICT (JPICT) KPM bagi menggunakan perkhidmatan ini.Sila maklum bahawa peruntukan ini tidak boleh digunakan untuk pemasangan talian streamyx.

Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukakan terus kepada En. Jackson Bin Sigo @ Siga ( la_btpnsab@Moe.edu.my This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it ) di talian 088-710934 atau Cik Hayati Sabdin ( hayati.sabdin@moe.gov.my This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it ) di talian 088-233492 atau berhubung terus dengan Pegawai Pusat Kegiatan Guru (PKG) di daerah masing-masing tentang pakej-pakej ISP. Harap maklum.