Sunday, July 17, 2011

SMK Sook Program 'Outreach'

Warga S.M.K Sook akan menjalankan program 'Outreach' di tujuh buah kampung yang terletak di sekitar daerah kecil Sook. Kampung-kampung tersebut ialah Kampung Delayan Lama, Kampung Delayan Baru, Kampung Kionsom, Kampung Kabatang Baru, Kampung Tonggulun Jaya, Kampung Simpang Empat dan juga Kampung Kipaliu.

Tujuan utama program ini di jalankan adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga sekolah dengan pihak ibubapa para pelajar. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memotivasikan para pelajar untuk berusaha dengan lebih gigih lagi bagi mencapai kecemerlangan akademik.

Program ini dianjurkan secara bersama oleh pihak pentadbiran sekolah dengan PIBG S.M.K Sook. Program ini di rancang untuk di adakan pada 14.7.2011 hingga 15.7.2011. Majlis Perasmian Program ini akan di adakan di Kampung Kabatang Baru pada 15.7.2011. Tetamu kehormat yang di jemput ialah Tan Sri Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia.

No comments:

Post a Comment