VISI PENYELARASAN ICT
MELAHIRKAN PELAJAR YANG CELIK IT SERTA BERPENGETAHUAN MENGENAI PENGGUNAAN KOMPUTER
MENJADIKAN S.M.K SOOK SEBAGAI SEKOLAH BESTARI YANG GEMILANG MENJELANG 2015
MISI PENYELARASAN ICT
MENYEDIAKAN KEMUDAHAN ICT YANG KONDUSIF DAN EFEKTIF DALAM SUASANA PERSEKITARAN YANG KONDUSIF DAN TERANCANG
MENYEDIAKAN WARGA S.M.K SOOK DENGAN ILMU ICT KE ARAH KECEMERLANGAN DALAM PENDIDIKAN
MENJADIKAN MAKMAL ICT S.M.K SOOK SEBAGAI PUSAT INFORMASI DAN PUSAT PENGAJARAN
CARTA ORGANISASI INDUK JAWATANKUASA PENYELARASAN ICT
SMK SOOK 2010
PROGRAM ICT S.M.K SOOK 2010
Projek Pembekalan Bekalan Komputer dan Server Baru
Projek ini adalah berkaitan dengan proses pembekalan set computer baru dan server baru ke S.M.K Sook
Cadangan bulan pelaksanaan ialah Januari.
Program Latihan Dalaman Bagi Guru- Guru S.M.K Sook
Objektif utama untuk mengendalikan program ini ialah memberi pendedahan kepada guru – guru berkaitan dengan penggunaan perkakasan dan perisian komputer ( hardware dan software ).
Cadangan bulan pelaksanaan ialah Mac.
Pendedahan Program Microsoft (Microsoft Word, PowerPoint )
Program latihan pengendalian asas program Microsoft perlu di jalankan untuk para pelajar yang terpilih terutamanya bagi pelajar yang berada di tingkatan 1dan 2. Objektif utama program ini adalah bertujuan untuk memberikan para pelajar pengetahuan berkenaan dengan penggunaan program Microsoft ini supaya memudahkan mereka menjalakan tugas-tugas dokumentasi melalui komputer.
Cadangan bulan pelaksanaan ialah Julai
Projek Pembangunan Laman Web Sekolah
Projek Pembangunan Laman Web Sekolah pelru di laksanakan supaya S.M.K Sook mempunyai sebuah laman web yang tersendiri di mana warga sekolah boleh melaksanakan pelbagai aktiviti di samping berhubung sesama sendiri melalui laman tersebut.
Cadangan bulan pelaksanaan ialah Julai
Pertandingan Mencipta Logo ICT S.M.K Sook
Pertandingan ini di jalankan bagi tujuan untuk merangsang pengetahuan dan kemahiran ICT para pelajar dan guru di samping memupuk semangat cinta terhadap ICT.
Cadangan bulan pelaksanaan ialah Ogos
No comments:
Post a Comment